-->

Dikritik di laman sosial kerana bertubuh besar, perusaahaan pakaian ini akhirnya muncul untuk ‘menyelamatkan’ wanita ini



Cantik itu sememangnya sesuatu yang sangat subjektif. Mungkin ramai yang melihat orang yang lebih kurus itu lebih cantik manakala orang yang lebih berisi dirasakan tidak menarik. Pandangan ini jugalah yang membuatkan wanita bersaiz besar terutamanya menghadapi kesukaran apabila cuba memecah masuk ke dalam dunia kecergasan. Satu jenama pakaian sukan walau bagaimanapun hanya mengambil model yang benar-benar mahu mengubah diri mereka.
Untuk tujuan itu Akademi Sukan dan Rekreasi telah memilih model fesyen Instagram bersaiz besar, Anna O’Brien yang bersaiz 3 kali ganda wanita biasa sebagai model baru mereka.
O’Brien yang kini tinggal di New York bergelut untuk mengekalkan kecergasannya selama ini dikatakan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pakaian sukan yang sama dengan saiz tubuhnya.


Walaupun O’Brien telah membuktikan dirinya mampu melakukan perkara-perkara yang sama dilakukan oleh mereka yang bersaiz kecil, dia tetap menerima tomahan dan ejekan di internet berkaitan dengan gambar yang dimuat naik.
Melihat akan perkara itu, akademinya telah muncul untuk membelanya. Komen-komen negatif yang diterima O’Brien membuatkan syarikat pakaian sukan itu merasakan mereka perlu turut sama membela wanita itu untuk menyedarkan orang ramai bahawa mereka yang bersaiz besar sebenarnya juga berusaha untuk kekal cergas biarpun bertubuh besar.
Ini dia Anna O’Brien, seorang blogger fesyen bersaiz besar yang menjadi wajah baru bagi jenama sukan ‘BCG’

Dia mengahadapi kesukaran untuk mendapatkan pakaian sukan yang sama dengan saiz tubuhnya
Akademi sukannya ‘muncul’ untuk membelanya, berhadapan dengan kritikan negatif di internet
“Hi James, di Akademi, kami sangat percaya setiap wanita sepatutnya mendapat peluang yang sama untuk melakukan sukan dan aktiviti luar. Sebagai keputusan, kami akan terus bercakap bagi pihak semua bentuk badan. Kita semua berbeza tetapi untuk mendapat cara hidup yang sihat tidak perlu dibezakan.”

Dunia memerlukan lebih ramai individu yang positif serta berani membela mereka yang gigih berusaha 
Sebuah lagi sokongan padu yang diberikan. Bukankah lebih baik jika semua memandang apa yang dilakukan wanita ini adalah sesuatu yang baik?



Luar Biasa ! Rahasia Kuno Orang Mesir,Dalam Hitungan Detik Dapat Membuat Air Aman Diminum



utilityone

Back To Top