Khas untuk semua orang Malaysia terutamanya yang kini berada di Seoul, Korea Selatan dapatkan segera nasi lemak kegemaran anda yang panas dan lazat hasil air tangan Duzy Noramzamnas Abdul Aziz! Untuk pengetahuan anda semua, dialah yang telah mengembangkan perniagaan nasi lemak di sana.
Semuanya bermula apabila orang Sabah ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan halal di ibu negeri semasa pertama kali melawat Seoul pada November tahun lepas.
Berasal dari Penampang, perniagaan Duzy bermula pada September lalu melalui khidmat penghantaran kepada pelanggannya.
“Di Korea Selatan tidak ada banyak pilihan makanan halal di tepi jalan. Saya mendapat inspirasi idea di mana kebanyakan orang Malaysia makan nasi lemak pada waktu makan tengah hari, makan malam dan juga makan larut malam.”
“Memandangkan ini adalah makanan terkenal orang Malaysia, saya memutuskan untuk memulakan khidmat penghantaran. Saya mula memasarkan nasi lemak secara atas talian, di mana pelanggan akan membuat pesanan sehari sebelum penghantaran melalui aplikasi telefon bimbit WhatsApp atau Kakao Talk” kata Duzy kepada New Sunday Times seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.
Dilaporkan Duzy telah menyediakan 40 bungkus nasi lemak pada hari berikutnya.
Dalam masa kurang dua bulan, nasi lemak Duzy menjadi terkenal dengan pantasnya dalam kalangan orang tempatan atau pelancong di Seoul.
Pada awalnya, perniagaan nasi lemak Duzy hanyalah mensasarkan orang Malaysia di Seoul tetapi kemudian makanan terkenal Malaysia ini telah menjadi terkenal dalam kalangan orang tempatan Korea Selatan dan pelancong dari pelbagai negara.
Dengan kejayaan baharu ini, dia telah menjadi rakan kongsi dengan orang Korea Selatan Han Ji-Sung, yang memiliki Pop@Itaewon Guesthouse di Itaewon untuk membuka gerai ‘Nasi Lemak Berlauk Panas’ pada awal bulan lepas.
Sekarang pelanggan-pelanggan dapat makan nasi lemak Duzy yang panas dan sedap sambil menikmati keindahan pemandangan bangunan dan pencakar langit dari sudut pandangan atas bumbung.
“Orang Korea Selatan menyamakan nasi lemak dengan bibimbap, di mana nasi dihidangkan dengan sambal cili dan sayur-sayuran. Orang Korea Selatan makan bibimbap hampir setiap masa, sama seperti orang Malaysia yang makan nasi lemak,” katanya lagi.
Setiap nasi lemak dijual pada harga RM19.00
Pelanggan boleh memilih untuk menambah sambal, telur, nasi atau bahan-bahan lain seperti sotong, kupang dan ayam dengan harga tambahan.
Duzy mendedahkan dia mendapatkan bahan-bahan segar dari pasar basah dan kedai runcit orang asing yang terletak di kawasan berkenaan. Dia cukup berhati-hati memilih bahan-bahan tersebut untuk memastikan rasa nasi lemaknya sama seperti di Malaysia.
“Permintaan makanan halal sangat tinggi. Industri makanan halal sedang berkembang secara mendadak di Korea Selatan,” katanya lagi.
Lelaki muda ini sedar walaupun terdapat banyak peluang dalam bidang perniagaan makanan halal, mereka juga terpaksa berhadapan dengan cabaran hidup dan menjalankan perniagaan di negara asing, terutamanya apabila mereka perlu bersaing dengan orang Korea Selatan sendiri yang mana mereka adalah antara orang yang paling rajin bekerja di dunia.
Setelah belajar budaya Korea Selatan dan bahasa, Duzy juga telah mengatur lawatan pada masa kini selain menjual nasi lemak.
Semoga perjalanan hidup awak dipermudahkan Duzy!




